Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

75 Kontena e-Sisa Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kegiatan haram pengimportan sisa barangan elektrik dan elektronik atau e-sisa, susulan permintaan...

Letupan Kedengaran Di Bandar...

LVIV - Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu...

Azmin Nasihat Jangan Lompat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menjelaskan bahawa Menteri Hal...

Najib Letak Batu Asas...

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan upacara...

Kastam Kedah Rampas Mercun, Bunga Api Seludup

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas sejumlah 39,333 kotak bunga api dan mercun pelbagai jenis dari Thailand bernilai RM700,754 termasuk cukai.

Pengarahnya, Johari Alifiah berkata, dalam Operasi Bersih yang diadakan pada 30 April lepas, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Perkastaman berjaya mematahkan cubaan menyeludup bunga api dan mercun setelah menahan sebuah lori kontena bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) Bukit Kayu Hitam.

“Kira-kira pukul 8.30 malam, kami berjaya menahan pemandu (lori) kontena tersebut iaitu lelaki warganegara Malaysia berusia lebih kurang 46 tahun yang membawa mercun dan bunga api dengan berat keseluruhan 23,978.80 kilogram.

Nilai rampasan mercun dan bunga api tersebut dianggarkan RM440,726 dan jumlah duti/cukai sebanyak RM260,082.34,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM di sini hari ini.

Johari berkata, siasatan awal mendapati modus operandi adalah menggunakan borang kastam yang dipalsukan.

“Mengikut maklumat di dalam borang kastam (K1) tersebut, kontena tersebut diisyhtiharkan sebagai membawa cecair kumur mulut Listerine,” katanya.


Johari berkata, cubaan menyeludup bunga api dan mercun itu dipercayai untuk pasaran sempena musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada penghujung Jun nanti.

“Antara jenis mercun dan bunga api yang dirampas adalah Happy Boom, Thunder King, Thunder Clap Rockets dan mercun bola.

Kami percaya bunga api dan mercun ini di ambil dari negara jiran manakala pasarannya masih di bawah siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya. – BERNAMA

Kategori