Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mungkin Alami Gelombang...

PENGUMUMAN oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Suami Aktres Korea, Sung...

SUAMI kepada pelakon senior Korea Selatan, Sung Hyun Ah dilaporkan telah meninggal dunia...

3,391 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan 19 kematian hari ini dengan 3,391 kes baharu...

Najib Pemimpin Boleh Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seorang pemimpin yang Malaysia...

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

KETIKA berusia dua tahun, Aldi Rizal yang berasal dari Indonesia, telah menjadi sensasi antarabangsa disebabkan dia mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok sehari.

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang
Aldi Rizal

Kini, pada usia sembilan tahun, Aldi berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah.

Dia berjaya membuang ketagihan tersebut pada tahun 2013, iaitu selepas dua tahun menjadi tumpuan ramai.

Aldi sebelum itu telah mendapat bantuan daripada kerajaan Indonesia yang menyediakan pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.

Ia bagaimanapun menyebabkan berat badan Aldi meningkat dengan mendadak iaitu 24kg ketika berusia lima tahun disebabkan dia ketagih kepada makanan pula.

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang
Aldi Rizal

Malahan bapanya, Rizal memberitahu anaknya itu akan menghentakkan kepala ke dinding semata-mata kerana mahu mendapatkan makanan tambahan.


“Dia akan makan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari,’’ kata Rizal yang kemudiannya mambawa Aldi menemui pakar pemakanan.

Sejak itu, Aldi menjalani diet yang ketat dan selepas empat tahun makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kanak-kanak berkenaan kembali menjadi kurus.

Aldi kini tidak lagi ketagih pada rokok dan dia menuntut di tahun empat di sebuah sekolah di situ. – MYNEWSHUB.CC

Kategori