• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Tidak Terburu-Buru Teliti Kedudukan Celin

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih meneliti kedudukan pemain import dari Brazil Alessandro Celin dalam skuad The Red Warriors (TRW) pada jendela perpindahan pemain pada pertengahan Mei ini berikutan kecederaan yang dialaminya sejak Februari lepas.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata pihaknya masih mamantau tahap kesihatan pemain tersebut dan tidak akan membuat keputusan terburu-buru sama ada untuk kekal atau menamatkan khidmat pemain berkenaan.

“Kami tidak boleh membuat keputusan berdasarkan hanya beberapa perlawanan sahaja kerana baki Liga Super musim ini masih panjang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini pasukan TRW kendalian Ketua Jurulatih Zahasmi Ismail hanya sempat menggunakan khidmat penyerang import tersebut pada tiga perlawanan dalam saingan Liga Super sebelum pemain itu mengalami kecederaan pada paha ketika bertemu pasukan Kedah Februari lepas.

Mengenai pemain import baharu dari Gambia, Sanna Nyassi yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan TRW, Zahasmi berkata pihaknya belum menguji penyerang tersebut yang dikatakan akan menggantikan Alessandro Celin.

“Mungkin pemain ini akan diuji pada perlawanan menentang Selangor PKNS FC pada 13 Mei ini selain beberapa perlawanan persahabatan,” katanya.

Zahasmi berkata KAFA kini dalam proses untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi pemain bagi menghadapi baki Liga Super dan saingan Piala Malaysia musim ini.

Kelantan kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Super dengan mengumpul 13 mata. – BERNAMA

Tags: Alessandro CelinKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jakarta Tuan Rumah Larian EU-ASEAN Buat Pertama Kali

Next Post

326,905 Mohon Daftar Pemilih Suku Pertama 2017

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

326,905 Mohon Daftar Pemilih Suku Pertama 2017

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd