• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Sahkan Terima Surat Tawaran JDT Dapatkan Ghaddar

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan telah menerima surat tawaran daripada pengurusan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mendapatkan khidmat penyerang importnya Mohammed Ghaddar pada pintu perpindahan pemain yang dibuka hari ini.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata susulan itu, pihaknya telah melantik naib presiden, Datuk Nasir Hamzah, bendahari persatuan, Nik Aminalddin Nik Jaafar serta beberapa exconya untuk menguruskan tawaran tersebut.

“(Tawaran yang diberikan kepada Ghaddar) sudah tentu memberi tekanan kepada kami memandangkan tawaran tersebut sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan JDT amat berminat mendapatkan khidmat pemain import dari Lubnan itu yang kini adalah penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super dengan 18 gol.

Ismail berkata KAFA juga berdepan tekanan untuk mendapatkan khidmat penyerang yang baharu dalam tempoh yang singkat memandangkan ‘hati dan perasaan Ghaddar sudah tidak bersama Kelantan’.

“Bagaimanapun, kalau ini menjadi realiti (perpindahan Ghaddar kepada JDT) maka biarlah Kelantan juga mendapat faedah.

“Saya berharap jawatankuasa kita dapat menggunakan kebijaksanaan mereka supaya setiap rahmat melimpah menjadi milik kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: KAFAMohammed Ghaddar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Along Gunakan Bahan Letupan Takutkan Mangsa

Next Post

Laporan Polis Bantah Protes Tentang Mufti & Dr Zakir

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Laporan Polis Bantah Protes Tentang Mufti & Dr Zakir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd