• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Along Gunakan Bahan Letupan Takutkan Mangsa

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Pelbagai cara digunakan oleh along untuk menagih hutang daripada mangsanya dengan taktik terbaharu menggunakan bahan letupan dengan niat mencederakan bagi menakutkan mereka.

Di Taman Pengkalan Setia, Simpang di sini malam tadi, seorang pekerja kilang cedera di kedua-dua kakinya akibat terkena letupan dipercayai dipasang oleh anggota sindiket along di bahagian pintu pemandu kereta.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 10.10 malam ketika mangsa berumur 50 tahun sedang memasuki keretanya untuk pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas melawat anaknya di sini.

“Suspek dipercayai memasang bahan letupan yang diikat dengan tali di pintu kereta jenis Toyota Corolla dan ia meletup sebaik tali ditarik apabila pintu dibuka oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harrith Kam berkata siasatan polis di tempat kejadian menemui beberapa besi, bateri, wayar dan tali yang dipercayai komponen bahan letupan buatan sendiri untuk tujuan mendatangkan kecederaan.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami kecederaan parah, namun masih dirawat di Hospital Taiping dan hasil imbasan mendapati terdapat serpihan seperti skru berada dalam kedua-kedua kakinya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa pernah tinggal di Taiping sekitar 2014 sebelum berpindah ke Bukit Mertajam dan mangsa datang ke sini untuk melawat anak lelakinya berumur 17 tahun yang masih belajar di sebuah sekolah di sini, Sabtu lalu.

Katanya, mangsa sebelum ini mempunyai kilang kejuruteraan sendiri, namun ia mengalami masalah pada 2013 sehingga menyebabkannya membuat pinjaman daripada along untuk melunaskan hutang yang telah mencecah RM300,000.

“Oleh sebab tidak berupaya membayar hutang, mangsa dan keluarga berpindah ke Taiping dan kini berpindah semula ke Bukit Mertajam dan akan datang ke Taiping pada hujung minggu untuk melawat anaknya.

“Mangsa percaya punca kejadian adalah perbuatan along yang masih menagih hutang yang belum dijelaskan serta mengesyaki konco-konco along mengekorinya sehingga ke Taiping dan perbuatan memasang bahan letupan adalah untuk menakutkan mangsa supaya menjelaskan hutang,” katanya.

Sehubungan itu, Harrith Kam menyeru saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: Sindiket Along
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Along Maut Kena Tetak

06/11/2021
0

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai along maut selepas ditetak di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi, Klang, semalam....

4 Anggota Sindiket Along Ditahan Pukul Peminjam

08/11/2018
0

KEPALA BATAS - Empat lelaki disyaki anggota sindiket along ditahan beberapa jam selepas mereka dilaporkan memukul seorang peminjam hingga menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd