• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Akan Buat Rayuan Berhubung Pemotongan Mata

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pemotongan mata yang dikenakan terhadap Kelantan semalam.

Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan pemotongan mata dilihatnya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesuatu persatuan, bahkan hanya memberi lebih tekanan kepada pihak pengurusan dan pemain.

“Jika mereka sentuh soal hutang, kenapa bekas pemain pertahanan Selangor, S. Subramaniam yang kini beraksi dengan Kelantan mengadu beliau masih belum menerima bayaran enam bulan gaji daripada bekas majikannya itu.

“Kenapa hal itu seolah-olah ditutup, bukankah ia perkara dan situasi yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -71 UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.

Semalam, FMLLP mengumumkan dua pasukan Liga Super – Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata pihaknya melihat tindakan terbabit sebagai jalan singkat dalam menangani masalah yang berlaku dalam KAFA.

“Walaupun tindakan itu satu tindakan tegas dan berani yang dikenakan kepada Kelantan namun bagi saya, FMLLP memerlukan satu penyelesaian dan keadah yang bersesuaian.

“Ia hanya memberikan lebih tekanan kepada pihak yang dikenakan tindakan walaupun tindakan itu satu pengajaran kepada pasukan lain dan KAFA sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Turun Lagi 2 Minggu Berturut-Turut

Next Post

Joan Laporta Akan Hadir Pertembungan JDT, Magwe FC

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Next Post

Joan Laporta Akan Hadir Pertembungan JDT, Magwe FC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd