• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KADA Hasrat Kok Lanas Perintis Ternak Lebah Kelulut

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas sebagai perintis bagi projek penternakan lebah kelulut.

Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata bagi menjayakan projek berkenaan, seramai 20 penduduk terutama daripada golongan muda dipilih untuk mengikuti program ‘Transfer of Technology’ yang diadakan oleh agensi tersebut.

“KADA memperuntukkan sebanyak RM52,000 bagi melaksanakan projek ini yang bermula awal tahun ini, dengan setiap peserta masing-masing mendapat satu sarang lebah kelulut untuk diternak bagi mendapatkan madunya.

“Kesemua peserta sebelum ini telah menjalani kursus selama tiga bulan dan kita yakin mereka mampu meraih pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan menerusi program ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Negaraku Prihatin KADA dan penyampaian bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Berskala Kecil 2017 di sini, hari ini.

Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata menerusi projek berkenaan, peserta juga akan mengeluarkan produk madu kelulut di bawah jenama Cintamas, iaitu satu jenama produk keluaran KADA.

Katanya projek berkenaan merupakan satu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dikenal pasti berpotensi menambah pendapatan petani memandangkan madu kelulut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna ketika ini. – BERNAMA

Tags: KADAKok LanasLebah Kelulut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

7,800 Hektar Tanaman Padi KADA Terjejas Akibat Cuaca Panas

7,800 Hektar Tanaman Padi KADA Terjejas Akibat Cuaca Panas

03/05/2023
0

KOTA BHARU: Sejumlah 7,800 daripada keseluruhan 26,833 hektar tanaman padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terjejas ekoran cuaca...

Husam Musa Dilantik Pengerusi Baharu KADA

02/04/2019
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melantik Senator Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Pertanian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd