• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa PAS Pusat Tentukan Kedudukan Exco S’gor

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Majlis Syura Ulama PAS akan menyerahkan kepada jawatankuasa PAS pusat untuk menentukan kedudukan anggota Exconya di Selangor, kata Mursyidul Amnya, Hashim Jasin.

Beliau berkata jawatankuasa PAS dijadual bermesyuarat Khamis depan dan ia akan diumumkan sekiranya keputusan dicapai.

Katanya, PAS telah menjangkakan PKR akan meminta anggota Exconya meletak jawatan selepas tahaluf siyasi atau kerjasama politik di antara parti itu dengan PKR dibatalkan.

“PAS pusat mempunyai lujnah politik yang bertugas sepenuh masa maka kita serah balik kepada mereka untuk menentukan kedudukan tiga exco Selangor daripada PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Kepala Batas di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dilapor telah mengarahkan tiga anggota Exco negeri daripada PAS untuk meletak jawatan selepas kerjasama politik antara PKR dan PAS diputuskan.

Bagaimanapun, Hashim menyifatkan berkemungkinan ada pihak lain yang lebih berkuasa untuk tidak membenarkan tiga Exco PAS itu meletak jawatan.

“Padahal Menteri Besar Selangor boleh rombak barisan exco itu, pasal apa beliau tidak berbuat demikian, itulah teka tekinya.

“Itu lah sebabnya Majlis Syura menyerah balik kepada jawatankuasa PAS pusat untuk membuat keputusan mengenai kedudukan anggota Exco itu,” katanya.

Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini sebulat suara mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR secara serta-merta dan keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.

Sementara itu, Hashim juga tidak menolak kemungkinan untuk PAS menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa akan datang.

Katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang telah menunjukkan minat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Exco PAS SelangorKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd