• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Sasar Layak Ke Separuh Akhir Zon ASEAN

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Misi wajib menang – itu sasaran utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi terakhir Kumpulan F Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC untuk melayakkan diri ke separuh akhir peringkat Zon ASEAN.

Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim berkata pasukan Harimau Selatan tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut​​​​​ untuk terus bersaing dalam kempen Piala AFC.

Beliau berkata, JDT yang muncul juara Piala AFC 2015, akan membariskan skuad terbaik apabila menentang kelab dari Myanmar itu biarpun beberapa pemain tidak dapat diturunkan ekoran belum cergas sepenuhnya dan berdepan penggantungan.

“Buat masa ini, Gonzalo Cabrera belum pasti dapat diturunkan kerana tidak mencapai tahap kecergasan sepenuhnya manakala Fadhli Shas pula masih dibelenggu kecederaan sementara Safawi Rasid menjalani penggantungan satu perlawanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, menjelang perlawanan menentang kelab berkenaan di Stadium Larkin malam esok.

Menyifatkan ia satu perlawanan begitu penting, Ismail berkata sedikit sebanyak kekuatan pasukan lawan dapat dikenal pasti berdasarkan kepada perlawanan sebelum ini yang berkesudahan kedua-dua pasukan seri 1-1.

“Mereka gemar melakukan hantaran jauh dan bertindak pantas menghukum kesilapan lawan dengan melancarkan serangan balas terutamanya pada minit-minit akhir, jadi apa yang kita perlu lakukan adalah sentiasa fokus,” kata Ismail.

Beliau seterusnya berkata pada pertemuan kali ini, barisan pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal setelah mendapatkan rehat secukupnya dan mampu memberi aksi yang terbaik.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT Aidil Zafuan Abdul Radzak berkata tumpuan utama pasukan kini hanya mahu mara ke perlawanan akhir dan berjanji akan menampilkan aksi terbaik.

“Kita tidak ada apa-apa yang perlu ditunjukkan selain kemenangan, semua anggota pasukan tahu tanggungjawab masing-masing, lebih-lebih lagi kita bermain di laman sendiri jadi memang tidak ada alasan untuk kalah,” katanya.

Mengikut format terbaharu Piala AFC musim ini, 11 pasukan dari Zon ASEAN membabitkan tiga kumpulan iaitu Kumpulan F, G dan H berentap merebut empat tempat ke pusingan seterusnya.

Setakat ini, hanya pasukan daripada Kumpulan H , Home United dari Singapura sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir Zon ASEAN.

JDT kini berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya selaku pasukan tempat kedua terbaik, mengatasi pasukan di tempat kedua Kumpulan G, Hanoi FC dari Vietnam. – BERNAMA

Tags: AFCIsmail IbrahimJDT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Selangor Tahan 12 Lagi Pelajar Disyaki ‘Geng 24’

Next Post

Raja Hamad, Najib Adakan Pertemuan Di Putrajaya

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Raja Hamad, Najib Adakan Pertemuan Di Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd