• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Pergiat Rondaan Dan Operasi Sepanjang Ramadan

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi pencegahan sepanjang Ramadan bagi memastikan masyarakat Islam menghormati bulan puasa itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata bagi tujuan itu, pegawai penguat kuasa ditempatkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pada hari pertama Ramadan semalam, tiga tangkapan dibuat sewaktu rondaan di kawasan Sungai Besi (di sini) atas kesalahan makan di siang hari di tempat awam tanpa menghormati bulan Ramadan.

“Jika orang Islam tidak boleh berpuasa atas sebab tertentu seperti sakit atau uzur, ini tidak bermaksud mereka boleh makan di khalayak ramai di bulan Ramadan. Itu yang menjadi kesalahan kerana tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mereka yang didapati bersalah tidak menghormati Ramadan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Wan Jaafar berkata Jawi turut mengeluarkan poster kesedaran kepada masyarakat mengenai ibadah puasa serta maklumat berkaitan tindakan yang boleh diambil jika melanggar peraturan. – BERNAMA

Tags: JAWI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd