Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Seorang Mualaf...

SEBELUM ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai kisah hidup seorang lelaki bernama Adam...

Tumbuk Kawan Isteri, Pemotong...

KUALA LUMPUR - Seorang pemotong ayam warga Indonesia didenda RM1,000 atau tiga bulan...

KPDNKK Kelantan Rampas 11,016...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kelantan...

Tunjuk Kemaluan, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

Jangan Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Sebar Fitnah

JELI – Rakyat perlu memanfaatkan sepenuhnya kewujudan 600 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang kini terdapat di seluruh negara untuk memudahkan urusan harian serta menjana pendapatan melalui peniagaan dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pihaknya menempatkan dua petugas tetap di setiap PI1M bagi membantu orang ramai yang menggunakan kemudahan di pusat tersebut.

“Penggunaan pusat internet ini adalah terbuka kepada semua orang dan mereka hanya perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM5 seumur hidup manakala penggunaannya adalah percuma kepada warga emas, pelajar sekolah dan orang kelainan upaya (OKU),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PI1M Kampung Kalai di sini, hari ini.

Jailani berkata selain memudahkan masyarakat untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat, pusat internet tersebut diwujudkan untuk melahirkan ramai usahawan khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata setakat ini telah terdapat usahawan yang menjalankan perniagaan dalam talian dilahirkan melalui pusat internet tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat agar menggunakan kemudahan yang disediakan itu secara bijak dan bermanfaat bukannya untuk menyebarkan fitnah.


Beliau berkata kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 800 PI1M menjelang 2020 untuk faedah rakyat secara lebih meluas terutama penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kalai, Shamsudin Daud berkata penduduk kampung itu melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan PI1M yang mampu memudahkan urusan harian mereka.

“Lebih 3,000 penduduk di kampung ini akan dapat menggunakan kemudahan di pusat ini, sebelum ini , jika inginkan kemudahan internet yang laju dan stabil perlu ke bandar Jeli yang terletak kira-kira 17km dari sini,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Jeli, Roslinah Mohamad berkata pihaknya akan membantu pusat internet tersebut melaksanakan beberapa aktiviti bagi menggalakkan golongan wanita menggunakan kemudahan yang disediakan termasuk untuk menjalankan perniagaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PI1M

Kategori