• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda Orlando Bloom Kahwin Pengasas Snapchat

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS isteri pelakon Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr, 34, dilaporkan sah bergelar isteri kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi Snapchat, Evan Spiegel dalam majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung semalam.

Tidak seperti perkahwinan selebriti popular lain, majlis pasangan ini berlangsung dalam suasana cukup ringkas dan sederhana di halaman belakang kediaman mereka yang terletak di Brentwood, California, Amerika Syarikat.

Miranda dan Evan, 27, tinggal bersama di rumah agam itu sejak tahun lalu selepas membelinya daripada tuan rumah sebelumnya iaitu pelakon senior terkenal Harrison Ford dengan harga sebanyak AS$12 juta (RM51 juta).

Janda Orlando Bloom Kahwin Pengasas Snapchat

Menurut laman tabloid TMZ, sebanyak 50 jemputan dianggarkan dijemput dengan para tetamu diarahkan menaiki limosin hitam di suatu checkpoint sebelum dibawa ke kediaman mewah pasangan itu.

Majlis mereka turut dimeriahkan dengan kehadiran datuk dan nenek Miranda yang diterbangkan dari kampung halaman model itu di Gunnedah, New South Wales, Australia.

Miranda dan Evan berkenalan di sebuah parti di New York tiga tahun lalu dan seterusnya bertunang pada Julai 2016.

Miranda dan Orlando berkahwin Julai 2010 namun berpisah pada Oktober 2013 dan hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, enam tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: evan spiegelmiranda kerrmodelOrlando BloomSnapchat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd