Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bekas YDP Sabah Tokoh...

KUALA LUMPUR - Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, dipilih...

Rekod Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan 1,063 kes baharu positif Covid-19 hari ini, iaitu...

BMW Cantas Dakwaan Rafizi,...

Semalam, kecoh di media sosial dan blog pembangkang dengan satu isu panas apabila...

Subsidi Petrol Bersasar Diumumkan...

KUALA LUMPUR - Subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan golongan berpendapatan rendah (B40)...

Jakarta Tuan Rumah Larian EU-ASEAN Buat Pertama Kali

KUALA LUMPUR – Sekretariat ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) buat julung kalinya menganjurkan acara Larian EU-ASEAN pada Ahad di Jakarta, Indonesia, yang menyaksikan penyertaan lebih 1,700 warga Eropah dan ASEAN yang membanjiri Jalan Sudirman dan Jalan Sisingamangaraja.

Larian kali ini lebih istimewa apabila acara larian tahunan EU diadakan bersekali dengan negara-negara ASEAN bagi memperingati ‘ulang tahun ganda tiga’ jalinan hubungan selama 40 tahun EU dan ASEAN, sambutan 50 tahun sejak penubuhan ASEAN dan 60 tahun Perjanjian Rom dan penubuhan EU.

Ia juga merupakan manifestasi hubungan erat yang terjalin antara negara-negara ASEAN dengan EU.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN untuk Jabatan Hal Ehwal Komuniti dan Korporat, AKP Mochtan, dalam kenyataan media yang disiarkan menerusi laman web ASEAN. berkata acara berkenaan mencerminkan keakraban antara ASEAN dan EU yang mempunyai kekayaan dan kepelbagaian budaya.

“Larian EU-ASEAN adalah cara yang paling baik dalam merapatkan hubungan antara rakyat-dengan-rakyat yang menjadi dasar utama dalam hubungan antara EU-Indonesia dan juga EU-ASEAN. Ia mengajak kita bersama-sama untuk berlari, atau berjalan atau belajar dengan lebih banyak tentang EU dan ASEAN dan untuk lebih menghayati hidangan unik yang ada pada negara-negara Asia Tenggara dan Eropah,” demikian menurut Duta EU ke ASEAN, Francisco Fontan.

Acara larian berkenaan berlangsung sepanjang tujuh kilometer di jalan-jalan utama di Jakarta.

Ia bermula pukul 6.30 pagi di Menara Intiland, bangunan yang menempatkan pejabat EU dan garisan penamatnya berakhir di Sekretariat ASEAN.

Peserta larian kemudiannya menyertai festival sambutan ‘ulang tahun ganda tiga’ dengan menyaksikan pelbagai pertunjukan pentas dan permainan.


Turut dibuka, gerai-gerai pameran dan gerai makanan oleh beberapa negara EU termasuk Belgium, Bulgaria, Hungary, Ireland, Itali, Jerman, Sepanyol, Sweden dan semua 10 negara ASEAN.

Antara yang turut serta pada acara itu termasuklah Duta EU ke ASEAN, Duta EU ke Indonesia, duta-duta negara EU dan dan ASEAN yang lain, serta kakitangan dan wakil Sekretariat ASEAN.

Peserta turut mengumpul sumbangan berjumlah lebih 75 juta rupiah (kira-kira US$5,628) untuk tiga yayasan yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik di Indonesia, iaitu Yayasan Al Ikhwan yang menyediakan pendidikan peringkat rendah kepada kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah atau kanak-kanak yang tidak layak untuk program sekolah percuma DKI, Yayasan Onkologi Anak Indonesia iaitu yayasan kanser kanak-kanak Indonesia, dan Yayasan Mpati yang menyediakan latihan dan kempen kesedaran autisme kepada keluarga golongan pertengahan yang memiliki anak-anak autistik.

Larian EU-Asean diadakan dalam rangka kerja Bulan Eropah 2017.

Sepanjang tahun ini, beberapa acara akan diadakan di Eropah dan Asia Tenggara bagi menandakan sambutan tiga ulang tahun tersebut, termasuk mengadakan kempen, pameran, seminar konsert dan pelbagai aktiviti lain. – BERNAMA

Kategori