• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Telur Pun Susah – Good Housekeeping

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSOALAN mengenai tempat terbaik untuk menyimpan telur sering menjadi debat namun pakar akhirnya menemui jawapan tentang perkara tersebut.

Menurut laman web Good Housekeeping, telur perlu disimpan di dalam kotak asalnya dan diletakkan di bahagian tengah rak untuk mengelakkan telur daripada tercemar atau berubah suhu.

Editor Pengguna Good Housekeeping, Sara Bewell berkata, pintu adalah bahagian paling panas bagi peti sejuk dan sangat terpengaruh dengan perubahan suhu.

“Telur paling sesuai disimpan di tempat yang memberikan suhu konsisten, jadi bahagian tengah rak adalah tempat terbaik.

“Pasar raya tidak meletakkan telur dalam peti sejuk kerana kebanyakan pasar raya bersuhu di bawah 20 darjah Celsius,” tulisnya melalui Good Housekeeping.

Dalam pada itu, Financial Times mengkritik kenyataan wartawan penyiaran (makanan), Tim Hayward yang mencadangkan agar telur diletakkan di kaunter dapur.

Hayward menulis, telur sepatutnya dibiarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya selama seminggu.

“Rak simpanan telur dalam peti sejuk adalah tempat yang paling tidak sesuai kerana gegaran yang berterusan akan membuatkan selaput putih telur menipis.

“Seterusnya perisa makanan lain juga boleh meresap masuk melalui kulit telur itu,” katanya.

Pada tahun 2013, akhbar Daily Mail cuba menamatkan debat mengenai telur itu, bagaimanapun isu tersebut kembali dibangkitkan.

Daily Mail meminta Makmal Percubaan Makanan Yorkshire untuk membuat perbandingan antara telur yang disimpan di dalam peti sejuk dan telur yang diletakkan pada suhu bilik selama dua minggu.

Keputusan makmal mendapati tiada perubahan antara kedua-dua jenis telur tersebut. – Daily Mail/mStar Online

Tags: penjagaantelur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

Tragedi Asam Pedas Ragut 5 Nyawa: Disangka Telur Kurau, Rupanya….

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   Bayangkan… dalam sekelip mata, lima orang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang pergi serentak — hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd