• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan ASEAN Berpaksikan Rakyat 1 Realiti – PM

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Visi ASEAN yang berpaksi dan berpusatkan rakyat perlu menjadi satu realiti mulai sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jika sekalipun kesemua 10 negara anggota ASEAN mencapai kejayaan cemerlang dalam memelihara keamanan di kalangan mereka dalam tempoh 50 tahun lepas, mereka akan lebih dinilai pada apa mereka telah lakukan untuk menambah baik kehidupan warga mereka dalam tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya.

Berucap merasmikan Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik ke-31 di sini malam ini, beliau mengambil perhatian dari lebih 620 juta rakyat di rantau ini, hampir 400 juta adalah belia, golongan muda yang akan mengambil alih teraju kepimpinan dalam dekad akan datang.

“Apa yang penting buat mereka ialah kita dalam generasi ini melakukan yang terbaik untuk memperkaya kehidupan pengusaha kecil dan sederhana, menambah baik kesaling-hubungan, memperkasa wanita dan yang terpinggir, dan menentukan pertumbuhan itu bersifat inklusif dan mampan agar tidak ada rakyat yang tertinggal, dan masa depan mereka dibina atas tapak yang kukuh dan kekal,” kata beliau.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Najib berkata ASEAN, dengan segala perbezaan pendapat, mungkin boleh mencetuskan perpisahan dan konflik lama dulu, tetapi sebaliknya mengutamakan komuniti, pembinaan kesepakatan dan kesaling- hubungan.

Najib berkata hasrat untuk perpaduan ASEAN telah dikongsi tetapi tidak harus diambil sebagai sesuatu yang pasti.

“Ketika kuasa lebih besar di sekeliling kita mencelah dan mengadakan hubungan ‘baharu normal’, peranan ASEAN seharusnya menyediakan kestabilan dan platform untuk dialog yang membina,” kata perdana menteri.

Beliau berkata satu daripada fenomena paling ketara dan dipandang ringan yang telah muncul akhir-akhir ini ialah meningkatnya anggapan tentang kegagalan janji globalisasi.

“Ia telah meningkat sejak beberapa tahun, dihangatkan lagi oleh ketidaksamaan ekonomi, peminggiran sosial dan dan rampasan politik.

“Di beberapa bahagian dunia, kepahitan ini bertukar menjadi sikap tidak toleran, bigotri dan xenophobia,” katanya.

Pelajaran yang dapat diambil dari pengalaman negara-negara yang terjejas itu adalah penting buat negara-negara Asia Tenggara, kata Najib.

Memfokuskan kepada Malaysia, Najib berkata antara satu ciri polisi luar Malaysia adalah untuk menjalin hubungan baharu di rantau ini atau melangkauinya, serta mengukuhkan hubungan dengan yang sedia ada.

“Polisi luar kami adalah perkhidmatan yang menguntungkan rakyat Malaysia selain menyumbang kepada kemajuan negara menerusi kerjasama dengan sahabat dan rakan kongsi,” katanya.

Beliau berkata berbilion ringgit diperoleh menerusi pelaburan daripada rakan di China, Arab Saudi dan India adalah antara hasil daripada pendekatan itu.

Perdana Menteri berkata pendekatan secara terbuka, menghulurkan persahabatan serta bersedia berkerjasama dengan pihak lain, turut menghasilkan faedah termasuk dalam keselamatan.

Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik itu diadakan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan rangkaian ASEAN-ISIS. – BERNAMA

Tags: ASEANDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih

Next Post

2017 Tahun Terakhir DAP Tadbir Pulau Pinang

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Next Post

2017 Tahun Terakhir DAP Tadbir Pulau Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd