• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Muka Depan: Wakil The Star Hadir Beri Penjelasan

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini hadir di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas.

Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star, M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

Mereka tiba pada 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa apabila dimaklumkan keempat-empat wakil The Star itu telah keluar melalui pintu lain.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam dilaporkan berkata KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk pada muka depannya.

Beliau berkata KDN kecewa dengan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya yang tertulis ‘Malaysian Terrorist Leader’ dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.

Alwi berkata tindakan itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Dalam pada itu, The Star juga telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut, semalam.

Menurut akhbar tersebut, adalah menjadi amalan akhbarnya menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini. – BERNAMA

Tags: the star
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penolong Pengurus The Star Dihukum Penjara, Denda Kerana Rasuah

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus jabatan pengarang akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star, dihukum 30 tahun penjara dan denda...

The Star Rosakkan Imej Negara, Hina Islam – Perkasa

29/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan imej Malaysia di mata dunia sudah terjejas berikutan laporan muka hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd