• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Piala SAS: Australia Tewaskan India 3-1

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Juara bertahan, Australia membuktikan mereka lawan yang sukar ditandingi dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26 selepas mengalahkan pencabar utama India 3-1 di Stadium Azlan Shah di sini, hari ini.

Di awal babak pertama perlawanan, India yang bermain tanpa tekanan dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila banyak gerakan pasukan ‘Kookaburras’ dapat dipintas kemas sekali gus membolehkan mereka membuat serangan balas dan melakukan hantaran-hantaran berbahaya di dalam kotak D Australia.

Usaha anak buah Roelant Oltmans membuahkan hasil apabila Harmanpreet Singh menjaringkan gol pembukaan buat pasukan India pada minit ke-25 melalui gol padang.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Australia melipat gandakan usaha memburu jaringan penyamaan yang akhirnya diperoleh menerusi pemain Eddie Okenden di minit terakhir separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Australia langsung tidak memberi sebarang ruang kepada India menyamakan kedudukan apabila penjaring terbanyak kejohanan setakat ini Tom Craig meletakkan pasukannya di hadapan dengan kedudukan 2-1 pada minit ke-31.

Duka India semakin parah, selepas Tom Wickham berjaya mengalahkan penjaga gol India, Akash Chikte untuk menambah jaringan buat Australia pada minit ke-51.

Australia kini memungut tujuh mata selepas memenangi dua perlawanan dan seri sekali.

Dalam pada itu, pada perlawanan kedua hari ini, Jepun kalah tipis kepada New Zealand 2-3, namun pujian harus diberikan kepada pasukan matahari terbit itu yang bermain dengan cemerlang.

Pada minit kedua, skuad bimbingan Takahiko Yamabori mengejutkan pasukan lawan selepas berjaya menjaringan gol pertama menerusi Shota Yamada.

Pasukan ‘Black Sticks’ kemudiannya menggandakan asakan ke gawang Jepun hingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-18 menerusi Russel Kane.

Dua minit selepas separuh masa kedua bermula, Kane sekali lagi meletakkan New Zealand di hadapan apabila berjaya menyudahkan pukulan penalti yang dihadiahkan kepada pasukannya sebelum Sam Lane menjaringkan gol kemenangan buat New Zealand pada ke-35.

Biarpun, semangat ‘Samurai Blue’ sukar diragut serta jaringan oleh Yamada pada minit ke-50 tidak dapat membantu pasukan negara matahari terbit itu daripada menerima kekalahan kedua dalam kejohanan ini. – BERNAMA

Tags: hokiHoki Piala Sultan Azlan Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd