• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Piala SAS: Australia Belasah Malaysia 6-1

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia gagal menyaingi kehebatan juara bertahan, Australia apabila tewas 1-6 dalam aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26 malam ini.

Pada aksi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong di Stadium Azlan Shah di sini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas bagi memburu jaringan awal apabila saling mengasak kubu lawan masing-masing.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen, bagaimanapun gagal mempertahankan gawang mereka apabila Tom Craig menyumbat gol pertama Australia, yang merupakan pasukan nombor dua dunia, pada minit ke-11 dan diikuti Trent Mitton pada minit ke-23 dan 27.

Malaysia yang berada di ranking ke-13 dunia berjaya memperoleh dua pukulan sudut penalti, namun gagal menghasilkan gol berikutan kecekapan pertahahan pasukan Australia mengawal kubu mereka daripada dibolosi.

Usaha pasukan negara bagaimanapun berhasil apabila menjaringkan gol pertama menerusi pukulan penalti Faizal Saari pada minit ke-42, sebelum Craig menambah derita pasukan Malaysia melalui dua lagi jaringan pada minit ke-38 dan 44.

Australia terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia dan Mitton menjaringkan gol keenam pasukan itu pada minit ke-58.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, jurulatih Australia Colin Batch berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang menampilkan peningkatan berbanding perlawanan semalam apabila seri 1-1 menentang New Zealand.

“Banyak yang kita belajar daripada perlawanan semalam termasuk memanfaatkan semua peluang bagi menjaringkan gol dan Tom Craig menunjukkan prestasi cemerlang malam ini,” katanya.

Bagi Stephen pula, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan malam ini.

“Walaupun pemain telah berjuang habis-habisan terutama pada 15 minit terakhir perlawanan, pada masa yang sama mereka melakukan kesilapan sehingga membenarkan Australia menambah jaringan,” katanya.

Laluan Malaysia untuk berada dalam kelompok empat terbaik dilihat amat sukar kerana pasukan negara perlu menang ketiga-tiga perlawanan selepas ini.

Jadual (Selasa)

India mln Australia – 4.05 petang
New Zealand mln Jepun – 6.05 petang
Malaysia mln Great Britain – 8.35 malam

– BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Bahrin Tiba Untuk Lawatan 4 Hari Ke Malaysia

Next Post

TKC Terima Bas Sumbangan Perdana Menteri Dan Isteri

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

Malaysia Di Tempat Ketiga Siri Final Wanita FIH

17/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita FIH di tempat ketiga selepas menewaskan Republik...

Next Post

TKC Terima Bas Sumbangan Perdana Menteri Dan Isteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd