• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati! Kewujudan Doktor Gigi Palsu Berleluasa

oleh AK-47
06/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RISIKO dan komplikasi seperti ulser mulut, gigi longgar, karies gigi dan gusi bernanah boleh berlaku jika anda mendapatkan khidmat daripada pengamal pergigian haram yang tidak bertauliah.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai untuk tidak mendapatkan perkhidmatan pergigian haram yang didapati semakin berleluasa di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram ini dalam menawarkan perkhidmatan kosmetik seperti pemasangan pendakap gigi (braces) dan venir pergigian (dental veneers).

Menurutnya, menjadi kembimbangan KKM apabila ramai kini masih kurang sedar bahawa mereka yang menawarkan prosedur tersebut adalah tidak bertauliah dan akibat mudah tertarik tawaran harga dianggap murah.

“Kami ingin mengingatkan orang awam supaya peka dan mengambil berat risiko yang akan dialami sekiranya mendapatkan perkhidmatan dari pengamal pergigian haram yang tidak bertauliah.

“Lebih membimbangkan, risiko dijangkiti virus HIV dan Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan dengan sempurna,” kata Noor Hisham.

Menurutnya, semakin banyak aduan daripada pelanggan yang telah mengalami komplikasi atau kesan buruk daripada perkhidmatan tidak professional yang ditawarkan oleh pengamal pergigian haram.

Jelasnya, ini termasuk perkhidmatan pembuatan gigi palsu, penskaleran (scaling) dan pemutihan gigi.

“Pemutihan gigi dengan produk yang dijual di pasaran terbuka (kepekatan asid kurang dari 0.01%) boleh diguna pakai sendiri  oleh orang awam.

“Namun begitu, prosedur pergigian yang menggunakan produk ‘tooth whitening’ melebihi kepekatan yang ditetapkan, perlu dijalankan oleh pengamal pergigian bertauliah iaitu doktor gigi.

“Mereka berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia di bawah Akta Pergigian 1971 serta menjalankan perkhidmatan di premis kesihatan yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998,” katanya.

Katanya, sejak tahun 2015 sehingga kini, sebanyak 46 aduan diterima mengenai pengamal pergigian haram.

Dr. Noor Hisham berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 18 kes berjaya di bawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Beliau menasihatkan orang ramai melayari laman sesawang dpims.moh.gov.my untuk mengetahui kelayakan doktor gigi itu sebelum mendapatkan rawatan pergigian.

“Orang awam yang ada maklumat tentang kegiatan pengamal pergigian yang mencurigakan digesa tampil menyalurkan aduan rasmi kepada Bahagian Kesihatan Pergigian KKM agar penguatkuasaan boleh dijalankan dan tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktor gigiKementerian Kesihatanpalsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd