• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Kerana Tertinggal Buku, Budak Gantung Diri

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG budak lelaki yang bimbang akan mendapat markah `merah’ kerana terlupa membawa buku teks ke sekolah, telah menggantung diri.

Budak berusia 12 tahun itu, Tyrese Glasgow, terpaksa balik semula ke rumahnya di Greater Manchester untuk mengambil buku namun disebabkan dia tertinggal kunci rumah dalam kereta ibunya, maka dia mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam rumah.

Tyrese bimbang keadaan itu akan melambatkannya ke sekolah dan ini boleh menyebabkan rekod pengajiannya terjejas.

Tanpa berfikir panjang, dia mengambil jalan pintas dengan menggantung diri di pintu masuk ke biliknya.

Keadaan berkenaan hanya disedari oleh ibunya, Katy Cross, 32, selepas guru sekolah Tyrese di Saddleworth School menghubungi wanita berkenaan bagi memaklumkan anaknya tidak hadir ke sekolah.

Hanya Kerana Tertinggal Buku, Budak Gantung Diri

Selepas panggilan tidak berjawab, Katy pulang ke rumahnya dan terkejut apabila mendapati anaknya tergantung.

Dia dan pasangannya, Brian cuba memberi bantuan pernafasan namun gagal.

Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi mengetahui punca kematian budak berkenaan.

Inkues itu juga dimaklumkan Tyrese merupakan pelajar pintar namun perpisahan ibu dan bapanya telah memberikan kesan kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gantung diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gantung Diri Punca Kematian Vasanthapiriya

20/07/2018
0

GEORGE TOWN - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian pelajar Tingkatan Dua M. Vasanthapiriya adalah berpunca daripada mengantung diri....

Lelaki Gantung Diri Tepi Air Terjun Sungai Kedondong

28/06/2018
0

LELAKI ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada dahan pokok di tepi air terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, di Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd