• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT sudah sedia maklum hubungan cinta di antara Neelofa dan Fattah Amin terputus di tengah jalan, penghujung tahun lalu.

Perkara ini diakui kedua-duanya dalam sebuah majlis hiburan yang mana mereka mengakui sama-sama saling jatuh cinta ketika sedang menjayakan drama bersiri popular Suri Hati Mr. Pilot. 

Walaupun sudah berpisah namun nampaknya masing-masing tetap tampil profesional lebih-lebih lagi ketika bertemu di Anugerah Meletop Era yang diadakan Mac lalu di mana Neelofa dan Fattah masing-masing memenangi anugerah utama iaitu Top Top Meletop Wanita dan Top Top Meletop Lelaki. 

(Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?)

Namun lain pula kisahnya kali ini, bila mana semalam kecoh di laman sosial mendakwa Fattah dan pasangan heroinnya dalam Hero Seorang Cinderella iaitu Nur Fazura telah membatalkan kehadiran mereka secara last minute untuk program Meletop yang dihoskan Neelofa dan Nabil Ahmad.

Tempat mereka dikatakan telah diganti dengan pengarah drama tersebut, Michael Ang dan dua pelakon pembantu iaitu Datin Seri Zizie Izette dan Uqasha Senrose.

Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?

Mungkin ‘risau’ peminat akan berbalah mengenai hal tersebut, Michael terlebih dahulu telah memuat naik sebuah video mengatakan memang perancangan asalnya, program Meletop yang diadakan semalam hanya dihadiri olehnya, Zizie dan Uqasha sahaja; sementara pasangan hero dan heroin akan muncul dalam rancangan yang sama pada minggu hadapan.

Ketika program tersebut bersiaran secara live semalam, Neelofa dan Nabil ada menerangkan yang mereka sebagai hos memang tidak berhak menentukan siapakah artis undangan yang akan dijemput ke set tersebut pada setiap minggu.

Menurut mereka itu adalah atas kuasa pihak penerbit dan Neelofa sempat menitipkan kata-kata pesanan, “Kalau tak nak datang, tak apa,” seolah-olah menujukan perkara itu kepada Fattah dan Fazura yang didakwa membatalkan kehadiran mereka pada saat-saat akhir.

Mengetahui hal itu menjadi sensasi di laman Instagram, Fattah tidak berdiam diri lantas terus membuat IG Live menerangkan perkara sebenar yang mana dia memang tidak diberikan sebarang arahan untuk menghadiri program Meletop. Sebaliknya mengetahui yang hanya Michael, Zizie dan Uqasha yang diundang untuk episod semalam.

Selepas itu, hasil risikan Mynewshub mendapati Neelofa ada memuat naik IG Story yang berbunyi, “Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni,” sebaik sahaja video IG Live Fattah menjadi tular.

Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?

Mungkinkah Neelofa menujukan kata-kata tersebut kepada bekas buah hatinya itu?

Fattah menerusi laman Twitternya semalam ada menulis, “Hanya pada Allah tempat aku berlindung,” dan sejam yang lalu, Fattah ada memuat naik status terbaharu di Instagram sebagai respons terhadap kontroversi semalam.

Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?

Dalam statusnya itu, Fattah meminta peminatnya agar tidak bertikam lidah mengenai hal-hal yang lepas kerana pada akhirnya ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak.

Kejap je dah 5 hari kita berpuasa. Saya harap Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dariNya. 😊 Memandangkan kita di bulan Ramadhan ni, saya harap kita akan lebih hati-hati dengan kata-kata dan tingkahlaku kita. Sebenarnye, setiap masa pun kene #buatyangbaikbaik, tapi bulan puasa ni, kene la alert lagi dengan apa yang kita cakap dan buat. Untuk fans saya, saya harap kita tak perlulah bertikam lidah lagi dah mengenai apa yang lepas. Kita support je sapa kita nak dan terus bagi sokongan untuk artis kesayangan kita. Tak perlu dah nak compare ke, nak laga-laga kan ke, semua tu tak memberi apa-apa manfaat pun. Setiap situasi tak perlu ada reaksi dari kita. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang. Kita buat yang baik, Insya Allah orang akan buat yang baik balik kat kita satu hari nanti. #sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #Ramadhan2017 #Ramadhan1438 #Fattah1438

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on May 30, 2017 at 8:21pm PDT

Apa-apa pun, respek kat Nabil dan Uqasha yang boleh bersikap profesional walaupun kedua-duanya pernah mempunyai kisah silam bersama. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Fattah AminmeletopNeelofapelakonselebriti
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd