• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua pemain import, masing-masing dari Timur Tengah dan Afrika, bagi memantapkan cabaran pasukan itu dalam baki saingan Liga Super.

Presidennya, Zairil Khir Johari berkata FAP ketika ini sedang memilih pemain Timur Tengah dan Afrika yang mempunyai pengalaman beraksi dalam liga utama di Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun, katanya tiada yang dimuktamadkan setakat ini dan FAP akan membuat pengumuman rasmi sebaik perjanjian dimeterai.

“Ada sesetengah pemain telah menjalani sesi ujian tetapi kami belum membuat keputusan… kami masih membuka ruang kepada pemain lain,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.

Beliau berkata fokus utama FAP adalah untuk mendapatkan pemain import yang mampu menjaringkan gol serta membantu pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana.

“Dua daripada pemain import itu perlu memegang pasport negara Asia, saya percaya (jurulatih) Zainal Abidin (Hassan) akan memilih yang terbaik,” katanya.

FAP dijangka melengkapkan proses itu sebelum pertemuan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, Rabu depan.

Sementara itu, Zairil mengesahkan skuad itu telah mendapatkan dua pemain tempatan iaitu Azidan Sarudin dan Surendran Rasiah, masing-masing dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Skuad Harimau Kumbang telah beraksi dalam 12 perlawanan dengan menang hanya sekali dan dua kali seri. sekali gus berada di tangga tercorot Liga Super. – BERNAMA

Tags: FAPZairil Khir Johari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Santai & Swafoto Sesi Dialog TN50 Najib Penggiat Seni

Next Post

Hannah Yeoh Memenuhi Prinsip Rukun Negara

Related Posts

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

FAP Dapat RM5 Juta Hadapi Musim Baharu Liga Premier

14/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi Liga...

Next Post

Hannah Yeoh Memenuhi Prinsip Rukun Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd