• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco & ADUN PAS Akan Terus Khidmat Untuk Rakyat

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor akur dengan ketetapan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya tiga anggota Exco parti itu terus kekal dalam pentabdiran kerajaan negeri, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan.

Beliau berkata kesemua anggota Exco dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor akan terus berkhidmat demi menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

“PAS bersama pentabdiran kerajaan negeri. Pendirian dibuat agar tiga Exco PAS dan 10 ADUN PAS dan semua lantikan politik parti terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama mengulas ketetapan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam mesyuarat khas hari ini, yang memutuskan tiga exco negeri Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri, berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959.

Spekulasi mengenai kedudukan Exco PAS timbul selepas Majlis Syura Ulama pada Selasa memutuskan untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Exco PAS akan terus kekal dan berdiri teguh untuk bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam menjaga kepentingan rakyat. ​

Dalam pada itu, Sallehen, yang juga ADUN Sabak, menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa PAS Selangor sudah membuat keputusan untuk semua 13 wakil rakyatnya di Selangor keluar daripada pentadbiran negeri jika Menteri Besar akur dengan tekanan oleh komponen Pakatan Harapan untuk mengetepikan PAS.

“Saya menafikan kenyataan itu, PAS Selangor tidak berbincang berkaitan pengunduran (Exco) dan tidak membuat sebarang keputusan berkaitan dengannya,” katanya.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan reaksi daripada ketiga-tiga exco berkenaan – Iskandar Abd Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – gagal setelah mereka tidak berjawab panggilan. – BERNAMA

Tags: Hasbullah RidzwanPAS Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Anuti Islam Berdasarkan Tafsiran DAP!

17/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Islam yang diperakui sebagai agama Persekutuan Malaysia hendaklah ditafsir mengikut nilai Islam yang sebenar, bukan mengikut tafsiran...

PAS Gesa Tubuh RCI Siasat Peristiwa Memali

22/08/2017
0

SHAH ALAM – PAS Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd