Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Hasil Ladang Dipertingkat, Elak...

JERANTUT: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil maklum situasi kenaikan harga sayur-sayuran dan ternakan...

Universiti Di Turki, Terbaik...

Turki menjadi negara umat Islam yang paling banyak mempunyai universiti tersenarai dalam 100...

Kadar Pengangguran Meningkat Sedikit...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran di negara ini meningkat sedikit iaitu 0.1 peratus...

Bunkface Sasar 6,000 Hadir...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert...

Evolusi Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

DALAM evolusi street wear – Bangkok bukan sedahsyat Tokyo. Tokyo – ibu kota fesyen vintaj yang tersohor kerana dua perkara.

Pertama: Tokyo menguasai simpanan koleksi kelas A jenama vintaj era tahun empat puluhan sampai lapan puluhan. Jeans jenama vintaj Levis & Lee yang bernilai mencecah USD10 ribu, kini kekal dalam pemilikan kolektor Tokyo.

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Kedua: Evolusi fesyen street wear di Tokyo berjaya mengumpul pengikut level VIP. Justeru, ia fenomena yang diterima dan dianggap elit ekskulif dan bukan lagi setakat street wear.

Tokyo menjadikan evolusi jenama vintaj sebagai fesyen semasa yang berkelas CEO dan ED.

Jadi sejak dua dekad lalu, Tokyo dipenuhi penggila fesyen vintaj. Jadi tidak hairan harga pasaran jenama vintaj terpakai berusia 25 tahun boleh mencipta keajaiban. Jenama sukan Adidas dan Nike keluaran era awal (tahun 1960 hingga 1980) kini bernilai USD1 ribu hingga USD2 ribu mengikut demand yang dicipta permintaan VIP.

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Tokyo sudah menbuktikan kuasa kawalannya terhadap pemilikan pakaian vintaj. Tokyo menjadikan nilai sepasang Levis era lima puluhan mencecah harga RM25 ribu. Tokyo juga menjulang nilai sepasang kasut Red Wing era James Dean mencecah RM5 ribu.

Itu Tokyo yang glamor. Nilai barangan vintaj yang dispektakularkan semula dengan stail hari ini menjadikan Jepun mengepalai senarai penggila jenama pakaian masa lampau. Vintaj ditafsir secara lateral sebagai model yang usianya melebihi 25 tahun dari tarikh keluaran.

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Bangkok lebih humble. Evolusi fesyen vintaj dipadankan dengan elemen semasa. Kebangkitan fesyen klasik Inggeris dievolusikan sesuai kemampuan peminat vintaj Bangkok – ibukota negara yang ekonominya sedang berkembang.

Cuma Bangkok tidak berfesyen semata-mata bergantung pada koleksi vintaj.

Di Bangkok, harga lebih relevan mampu. Sehelai Levis Big E Jepun tahun enam puluhan, masih pada harga RM1,500. Manakala sepasang sepatu Chippewa NOS masih boleh dibeli pada harga RM1 ribu.

Bangkok sedang menerima campur-aduk evolusi fesyen. Kini trendnya lebih moderat trend British. Kombinasi apa saja elemen klasik dan moden, asal ia mengena apabila digayakan – dikira ngam. Kasut Dr. Martens, Red Wing, malah Converse masih boleh digayakan dengan jeans Levis atau Edwin Made In Japan keluaran 25 tahun lalu.


Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Hasilnya adunan campur-aduk topi, baju, seluar dan kasut disatukan; digayakan ala swag yang kemas tetapi klasik. Hasilnya agak rugged tali look smart.

Cuma menariknya, swagers Bangkok berketrampilan rugged tapi bersih. Ini sesuai dengan era street wear masa kini yang turut digayakan level top eksekutif.

Malah, Bangkok dalam kegilaan fesyen campur-aduk barangan vintaj pelbagai jenama seperti RL, Tommy Hilfiger, Fred Perry serta kasut Converse, Red Wings atau Dr. Martens sedang berevolusi dinamik. Semua jenama vintaj kini digayakan dengan jenama baharu denim Made In Bangkok Boys.

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Anak muda Bangkok membina semula kekurangan denim vintage yang kini dikuasai kolektor Jepun dengan mengeluarkan produk tempatan dengan design klasik tetapi lebih happening.

Selain jenama denims Jepun seperti Evisu, Momotaro, D’Artisan, Pharrows, Samurai dan Jelado – Bangkok mengisi vakum kekurangan seluar vintaj keluaran AS dengan produk tempatan seperti The Machine dan Iron Knight.

Anak muda Bangkok, pencinta tegar fesyen klasik yang dikontemporarikan dengan swag British, kini mula menggilai jenama jeans tempatan. Produk Made In Thailand disatukan dengan koleksi vintaj mampu milik.

Sehelai jeans Made In Bangkok jenama The Machine dengan kain 17 auns berharga RM1,100. Manakala jenama Iron Knight dijual pada RM500.

Street Wear: Bangkok Vs Tokyo!

Selain itu, Bangkok menjadikan produknya sebagai edisi terhad dengan jumlah keluaran tiap model terbatas hanya 99 helai. The Machine umpamanya meneroka gaya ekslusif dengan edisi terhad.

Kunjungi Bangkok – anda akan melihat evolusi vintaj sedang hangat dengan penyertaan jenama Made In Bangkok!

Kategori