• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Samun Kedai Emas Di Seri Kembangan

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Seri Kembangan, di sini malam Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh dan dua daripada mereka bersenjatakan pistol sewaktu melakukan rompakan.
Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

“Seorang suspek telah mengacukan pistol kepada pengawal keselamatan premis berkenaan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Suspek lain pula bertindak memecahkan meja pameran dan melarikan barang kemas,” katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu.

Wai Leong berkata setakat ini pihaknya belum dapat memastikan kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Kejadian ini kali pertama berlaku di kedai tersebut walaupun ia telah lama beroperasi di pusat membeli belah itu,” katanya.

Beliau berkata nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan menerusi Ops Tutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. – BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd