• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elavarasan Puji Skuad Semut Merah Berdepan Kedah

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih pasukan PKNS FC, E. Elavarasan memuji kebangkitan yang dipamerkan skuad Semut Merah yang berjaya mengikat Kedah 4-4 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi.

Beliau menyifatkan semangat tidak berputus asa untuk bangkit pada penghujung babak perlawanan selepas ketinggalan pada satu ketika, menjadi kunci utama kekuatan pasukan berkenaan, musim ini.

“Saya lihat pemain sudah mengatasi kelemahan pasukan kita pada babak kedua walaupun ketinggalan 1-3 pada babak pertama perlawanan.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum ini dalam menghadapi baki saingan Liga Super,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

Mengulas lanjut, Elavarasan mengakui kelonggaran barisan pertahanan skuad Semut Merah dalam ‘merantai’ pergerakan lincah jentera serangan Kedah menjadi punca mereka ketinggalan pada babak awal perlawanan.

Katanya keadaan padang yang becak susulan hujan lebat pada awal perlawanan selain faktor keletihan selepas kembali dari Singapura, menyebabkan rentak permainan pasukan berkenaan agak perlahan.

Untuk rekod, PKNS FC yang mewakili Pilihan Selangor tewas 2-3 kepada Pilihan Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor 2017 di Stadium Nasional Singapura, Sabtu lepas.

“Kita akan mantapkan bahagian tengah, pertahanan atau serangan (untuk perpindahan pemain musim kedua pada bulan depan) namun bergantung kepada peruntukan daripada pihak pengurusan,” kata Elavarasan.

Dalam pada itu, pemangku ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata beliau berpuas hati dengan keputusan seri itu memandangkan skuad Lang Merah turun tanpa dua tonggak utama, iaitu penyerang Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan serta Mohd Rizal Ghazali yang menjalani penggantungan satu perlawanan.

“Pada perlawanan itu, kita mendahului 3-1 pada separuh masa pertama sebelum diikat 4-4, jadi kita kena semak semula di mana kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki untuk aksi Liga Super selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: E. ElavarasanKedah FAPKNS FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

06/08/2018
0

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd