• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Menyamar Polis Samun Warga Myanmar

oleh AK-47
12/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas mereka menyamun seorang lelaki Myanmar di Jalan Medan Seri Impian, Alma di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang terdengar mangsa menjerit meminta tolong selepas dia disamun.

“Anggota URB itu mendapatkan maklumat daripada mangsa berusia 28 tahun dan berjaya mengekori motosikal jenis SYM warna merah yang dinaiki dua suspek terbabit sebelum menahan mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas sebuah beg galas daripada dua lelaki berkenaan yang mengandungi sembilan telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM1,867 dipercayai baru disamun.

Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah berkaitan samun dan ragut itu dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 10 kes menyamar sebagai polis sebelum menyamun mangsa, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX

Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX

19/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak keberatan melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya diarahkan berbuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd