• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DJ Dave, YA1M Sedang Jejak To’ki

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKESAN dengan perkongsian seorang netizen berkenaan kedaifan hidup To’ki yang tular di laman Facebook sejak dua hari lalu, Datuk DJ Dave nekad untuk menjejaki penyanyi popular 90-an itu.

Sebagai Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), DJ Dave dan pihak menyatakan mereka sedang dalam usaha untuk berhubung dengan To’ki atau Mohd Zaki Mansur bagi membolehkan mereka mengetahui masalah sebenar penyanyi itu dan sekaligus menghulurkan bantuan.

“Ya, baru pagi tadi saya menyuruh pihak saya menjejaki To’ki dan pihak Yayasan Artis 1 Malaysia bersedia membantu beliau secepat mungkin,” ujarnya.

DJ Dave baru sahaja menghadiri satu majlis yang meraikan seorang lagi artis yang senasib dengan To’ki iaitu Ben Nathan dalam Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan yang diadakan di Saloma Bistro, Ahad lalu.

DJ Dave, YA1M Sedang Jejak To'ki

DJ Dave, YA1M Sedang Jejak To'ki
Status FB yang dimuat naik oleh seorang netizen bernama Engku Lokman tentang nasib To’ki tular sejak minggu lalu.

Kisah sayu kehidupan To’ki menjadi tular di FB apabila soerang peminat bertemu penyanyi lagu Hampa itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak. Bagaimanapun, lokasi stesen minyak tersebut tidak dinyatakan lokasinya.

Dalam posting tersebut, lelaki itu menyataan dia begitu terkesan mengenangkan nasib To’ki apatah lagi bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir.

Malah, dia berharap ada pihak yang dapat membantunya sepertimana yang dilakukan terhadap penyanyi era 80-an, Ben Nathan.

Kisah To’ki yang viral di Facebook mendapat perhatian peminat dan sehingga kini entri tersebut telah dikongsi sebanyak 4,400 kali.

To’ki sebelum ini turut pernah berduet bersama penyanyi Rohana Jalil menerusi lagu Naluri Cinta di mana lagu tersebut pernah dicalonkan di dalam kategori balada Anugerah Juara Lagu (AJL9) kesembilan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DJ DaveTo'ki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi To’ki Cedera Ditikam Penyamun

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera ditikam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam...

Saleem Penyanyi Unik, Sukar Dicari Ganti

14/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd