• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM ‘Ditahan’

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA datang bersama lori di hadapan sebuah bank, dua lelaki ditahan kerana disangka pencuri di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.

Kehadiran kedua-dua lelaki bersama dua mesin juruwang automatik (ATM) itu disedari orang ramai kira-kira jam 5.45 pagi sebelum dilaporkan kepada polis.

Disangka Penyangak, Pekerja Baiki Mesin ATM 'Ditahan'

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, dua kereta peronda bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan orang ramai mengenai berlaku rompakan atau samun di premis berkenaan.

Menurutnya, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati sebuah lori diletakkan di hadapan pintu bank dengan dua lelaki berusia 30-an di dalam premis bersama dua mesin ATM.

“Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki itu mendakwa membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti.

“Disebabkan kejadian awal pagi, polis tidak dapat membuat semakan dengan pihak bank dan menahan kedua-dua lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua lelaki tersebut dibebaskan selepas pihak bank mengesahkan mereka terlibat dalam kerja menukar mesin ATM di premis itu yang sepatutnya dilakukan jam 9 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan…

Tags: Kedahlorimesin ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd