• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Didesak Beri Penjelasan Maaf Kepada Sultan Selangor

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini didesak memberi penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang didakwa telah mencemarkan kesucian masjid apabila memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, Rabu lalu.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim juga meminta Mohamed Azmin untuk memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana tindakan anggota Parlimen itu melanggar titah baginda yang melarang masjid dijadikan tempat berpolitik.

“Tindakan anggota Parlimen Subang yang dilaporkan memberi ceramah politik telah menyebabkan Sultan Selangor murka serta dukacita dan perbuatan itu juga mencemarkan kesucian ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Anggota Parlimen itu juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan bukannya memberi alasan selaku mewakili Menteri Besar Selangor untuk menyampaikan sumbangan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.

Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

Rabu lalu, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili menteri besar Selangor, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Annuar Tuntut Keadilan Ke Atas Pasukan Kelantan

Next Post

Penternak Babi Perlu Komited Masalah Pencemaran

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Penternak Babi Perlu Komited Masalah Pencemaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd