• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Ada Hak Yang Sama Dalam Pakatan Harapan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan parti sekular DAP akan mempunyai hak yang sama sekiranya Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat berkata, Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seperti Barisan Nasional (BN).

“Antara propaganda UMNO adalah seolah-olah DAP mahu menguasai Pakatan Harapan. Lim Kit Siang nak jadi ditaktor.

“Setiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai hak yang sama berbeza dengan BN,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan DAP, PKR dan PAN dua tahun lalu selepas berjaya menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang yang dulu dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

PAS diketepikan kerana parti itu enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan usaha pembangkang menumbangkan UMNO.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu berpaling tadah daripada UMNO.

Mahathir meninggalkan UMNO dan bekerjasama dengan pembangkang bagi melunaskan dendamnya kerana beberapa kepentingan peribadinya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan.

Suhaizan dalam pada itu mendakwa, sejak ketiadaan PAS, semakin banyak parti politik mahu menyertai Pakatan Harapan termasuk Hindraf.

“Inilah bezanya antara Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan Semasa Pakatan Rakyat banyak parti takut nak `join’. Dalam Pakatan Harapan banyak parti nak `join’,” katanya.

Hindraf semalam membuat pengumuman akan menyertai Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan UMNO dan BN.

Hindraf merupakan pihak paling lantang membantah kehadiran pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik ke negara ini dan mendesak beliau dihalau keluar daripada Malaysia.

Pertubuhan berasaskan agama Hindu itu turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menasihati Malaysia membatalkan status Pemastautin Tetap (PR) kepada Dr. Zakir.

Sebelum ini satu video dipercayai ucapan pemimpin Hindraf mengkritik asal usul kaum Melayu di negara ini tersebar meluas di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPSuhaizan Kayat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd