• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dah La Tak Mengaku Mabuk, Siap Hina Polis Lagi”

oleh AK-47
07/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAHLAH melakukan kesalahan, kemudian tidak mahu mengaku bersalah pula.

Lebih menjengkelkan, lelaki ini cuba memburukkan imej polis dengan memuat naik satu rakaman video memaparkan situasi kononnya dirinya dianiaya oleh polis trafik.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu, lelaki berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak.

Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya mengesyaki dia memandu di bawah pengaruh alkohol dan didapati positif mengambil bahan itu.

Lalu dia dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua.

Berang ditahan, lelaki mendakwa DJ sebuah kelab malam itu bertindak merakam satu video dan mengatakan berulang kali kononnya dia tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota polis yang menahannya.

“Saya seorang DJ dan saya bekerja di kelab malam. Saya beritahu kepada mereka (polis) saya tidak minum pada malam itu dan saya juga tidak mabuk.

“Tetapi mereka tidak mempercayai saya dan saya dipaksa untuk ikut mereka pergi ke balai.

“Saya nak tunjukkan betapa korupnya anggota Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam rakaman berdurasi 1 minit 42 saat itu.

Memetik BH Online, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata hasil ujian pernafasan kali kedua mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah.

“Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis.

“Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.

“Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua,” katanya.

Tambahnya, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 berhubung penyebaran video itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DJkontroversimabukPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd