Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Hampir Setengah Juta Saman...

KUALA LUMPUR - Hampir setengah juta saman dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur kepada...

Ismee Ismail Bakal Pengerusi...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengesahkan...

15 Kawasan Di K.Langat,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di Kuala Langat dan Sepang kini mengalami...

Messi Umum Bersara, Malu...

NEW YORK - Bintang sensasi kelab elit Sepanyol, Barcelona iaitu Lionel Messi pada...

Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi…

GARA-GARA terlalu fanatik dengan Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), enam gadis bersepupu sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata mahu menyaksikan artis pujaan mereka itu dengan mata sendiri.

Teka-teki kehilangan enam gadis yang berusia dari 12 hingga 15 tahun dari Nashik, yang terletak kira-kira 165 kilometer dari Mumbai terjawab selepas pihak polis berjaya menemui mereka di hadapan rumah SRK.

Memetik laporan Hindustan Times, enam gadis ini dilaporkan hilang selepas ibu bapa mereka membuat laporan polis ekoran cemas anak mereka tiada di rumah pada Selasa lalu.

Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi...

Menurut pihak polis, mereka dikatakan keluar dari rumah pada waktu petang dan pergi ke sebuah kuil sebelum bergerak untuk menaiki kereta api di stesen Nashik Road.

Mereka kemudian menuju ke kawasan Dadar, Mumbai, tempat bintang terkenal itu tinggal.

Saat ditemui pihak polis, mereka enam sepupu dikatakan berada di luar pagar banglo SRK dengan harapan mahu melihat raja Bollywood itu.


Kereta Shah Rukh Khan Tergilis Kaki Paparazzi

Polis kemudian membawa mereka ke Nashik dan sebelum ditemukan dengan ibu bapa mereka.

Kesemua enam gadis berkenaan menerima kaunseling panjang lebar dari pihak polis.

Menurut ibu bapa mereka, keenam sepupu itu sememangnya tergila-gila aktor tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori