• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calarkan Kereta Bekas Suami, Ibu Tunggal Didenda

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Gara-gara mengamuk dan mencalarkan cat kereta milik bekas suami menggunakan batu bata pada Januari lepas, seorang ibu tunggal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majistret Mohd Firdaus Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Salmila Saludin, 38, selepas wanita berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda.

Ibu kepada tiga anak itu membayar denda tersebut.

Salmila dijatuhi hukuman denda RM1,500 kerana melakukan khianat setelah mengamuk dan mencalarkan cat kereta milik Nordin Mohd Ali, 48, menggunakan batu bata di No. 6, LP 12 Limbongan Permai di sini, kira-kira 6.45 petang pada 27 Jan lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengamuk selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum tertuduh mencalarkan cat kereta milik bekas suaminya itu.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, Salmila memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia melakukan kesalahan itu kerana bekas suami menghalangnya untuk bertemu dengan anak-anak.

“Saya tidak mahu hukuman penjara kerana saya ingin menyambut puasa bersama tiga anak saya yang berusia sembilan, 12 dan 13 tahun. Saya tidak bekerja,” katanya sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: denda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd