• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bonus’ Menanti Skuad Lang Merah Seandainya…

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDAH bakal mendapat ‘bonus’ seandainya bekas pembantu Tan Cheng Hoe, Ramon Marcote kembali berbakti untuk skuad Lang Merah.

Bukan sahaja mendapat pengganti Cheng Hoe, Kedah juga bakal memiliki Jabatan Metodologinya sendiri sebagaimana diuruskan Marcote di kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid.

Menurut jurulatih berpengalaman luas dalam Liga Malaysia, Bojan Hodak, Jabatan Metodologi berperanan merangka pelan untuk latihan kecergasan sesebuah pasukan.

“Dalam bola sepak di Eropah, ia seperti sains, jadi kelab gergasi yang ada suntikan kewangan besar mempunyai beberapa jurulatih kecergasan, pakar pemulihan dan fisioterapi.

“Dengan adanya jabatan itu, pemain di Eropah boleh segera pulih daripada kecederaan yang mereka alami walaupun kecederaan itu serius,” katanya kepada mStar Online.

Dalam Liga Malaysia, Bojan berkata hanya kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempunyai jabatan yang berperanan hampir sama dengan yang dimiliki kelab gergasi di Eropah.

“Pada pendapat saya, setiap kelab di Malaysia tidak perlu ada jabatan itu kerana mereka sudah ada jurulatih kecergasan sendiri.

“Namun JDT mempunyai beberapa individu yang pakar dalam aspek kecergasan, jadi saya rasa mereka boleh gelar ia sebagai Jabatan Metodologi,” katanya.

Diminta mengulas sama ada Marcote calon yang sesuai untuk mengemudi Kedah, Bojan enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya, beliau berkata tugas sebagai jurulatih atau pembantu jurulatih dengan jurulatih kecergasan adalah dua tanggungjawab yang berbeza.

“Untuk bekerja sebagai pembantu jurulatih atau jurulatih kecergasan, ia berbeza kerana anda tidak perlu membuat keputusan penting.

“Tetapi keputusan di tangan ketua jurulatih. Itu yang membezakan peranan kedua-dua posisi itu,” katanya.

Sebagai rekod, Marcote menyertai Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada Januari 2015 dan pernah memangku tugas sebagai jurulatih skuad itu ketika Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan lesen A di China.

Ketika itu, Marcote mengiringi pasukan Kedah ke saingan Piala Malaysia 2015 ke perlawanan akhir yang menyaksikan skuad Hijau Kuning tewas 0-2 kepada Selangor.

Buat masa ini, Marcote yang memiliki lesen profesional Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), bertugas sebagai jurulatih kecergasan Atletico Madrid. – mStar Online

Tags: Bojan HodakKedah FARamon Marcote
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Maut Dinding Hospital Runtuh Di Nairobi

Next Post

Jadi Duta Lebih Untung Daripada Jual Produk Sendiri

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

06/08/2018
0

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di...

Next Post

Jadi Duta Lebih Untung Daripada Jual Produk Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd