Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Lepas Gary.. Ji Hyo,...

PASTINYA ini berita sedih buat peminat Running Man kerana Song Ji Hyo dan...

Bajet 2015: Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Air Kebangsaan bagi memastikan kelangsungan...

“Tiada Sebab Saya Perlu...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata hari ini...

Rondaan Berkuda Di Sempadan...

PASIR MAS - Rondaan berkuda di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dijangka akan bermula...

Bocey Muncul Juara Maharaja Lawak Mega 2017

ALOR SETAR – Sebagaimana diramal pelbagai pihak, kumpulan Bocey mengulangi kejayaan tahun lalu apabila diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 terbitan Astro.

Kemenangan bergaya tersebut membolehkan trio Bocey yang dianggotai oleh pelawak Fad, Achey dan Abam berjaya membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000.

Kejayaan Bocey memang dijangka kerana persembahan mereka ternyata konsisten sehingga menarik perhatian penonton dan juri tetap dengan aksi komedi bebas dan muzikal yang dipersembahkan.

Pentas akhir MLM 2017 berlangsung Dewan Wawasan Jitra, Kedah dekat sini berakhir lewat Jumaat. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna 132 dan Astro Maya HD 134.

Program selama 12 minggu bermula 17 Februari lalu itu dengan tema ‘Empayar Lawak’ menampilkan 15 kumpulan dari tiga buah negara iaitu Malaysia serta jirannya, Indonesia dan Singapura.

Juara MLM pernah disandang oleh kumpulan Osbon (2011), Jozan (2012), Sepahtu (2013) dan Zero (2014) manakala pada 2015 ia ditiadakan sebelum muncul setahun kemudian.

MLM 2017 turut menyaksikan juara program Raja Lawak musim ke-6, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol muncul naib juara dengan menerima hadiah wang tunai RM250,000.


Biarpun sekadar meraih tempat ketiga, satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Dzawin berpuas hati dengan hadiah RM150,000 yang dimenangi hasil kerja keras dalam program komedi itu.

Tempat keempat dan kelima pula dimenangi oleh kumpulan Zero dan Puteh yang masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM15,000.

Pentas akhir MLM 2017 diadili juri tetap, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya yang mewakili markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian penonton.

Persembahan Syamel dalam segmen penghormatan untuk pelawak yang sudah meninggal dunia menyentuh hati penonton sebelum keputusan penuh diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal.

MLM 2017 turut diwarnai kontroversi apabila seorang juri, Najip Ali ditukar gara-gara kenyataan dikeluarkan ketika menyertai program OK Chope terbitan stesen TV Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori