• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berang Suami Curang, Wanita Telan Wang AS$7,000

oleh AK-47
07/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Seorang wanita nekad menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) hanya kerana mahu menyembunyikan not tersebut daripada suaminya yang dipercayai curang.

Mirror. co melaporkan, wanita warga Colombia, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah selepas bertengkar dengan suaminya.

Doktor dari rantau Amerika Selatan yang melakukan pembedahan mengeluarkan wang berkenaan berkata, wanita berusia 30 tahun itu menelan kira-kira 57 keping not 100 dolar.

Wang tersebut merupakan hasil jualan beberapa perkakas elektrik di rumahnya yang akan digunakan untuk pergi bercuti bersama-sama dengan suami.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano berkata kebanyakan wang terbabit dikeluarkan daripada perut, manakala selebihnya melalui usus besar.

Jelasnya, tindakan wanita itu menelan wang terbabit tanpa dibaluti plastik disifatkan sebagai tindakan terdesak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ColombiaWang kertas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Monster Truck Hilang Kawalan, Rempuh Penonton: 2 Maut, 37 Cedera

Monster Truck Hilang Kawalan, Rempuh Penonton: 2 Maut, 37 Cedera

04/05/2026
0

Oleh Mynewshub POPAYÁN – Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan maut manakala 37 lagi cedera dalam satu insiden ngeri melibatkan sebuah kenderaan...

KKM Akan Ambil Tindakan Segera Penjualan ‘Energy Stick’

‘Ini Klang Bandar Diraja, Bukan Di Colombia’ – KPN

04/02/2024
0

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas akan menghapuskan stigma 'Klang seperti Bandar Colombia' sebagaimana didakwa sesetengah pihak sejak kebelakangan ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd