• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Peninju Tumbuk Anak Tiri Nakal Sampai Mati

oleh AK-47
13/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang bekas peninju ditahan polis selepas menumbuk anak tirinya yang berusia dua tahun hingga mati di sebuah rumah di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand pada Sabtu lalu.

Akhbar tempatan, Bangkok Post melaporkan, Jiran Pansuan, 24, ditahan di daerah Bang Khen pada malam Rabu lalu susulan kematian anak tirinya, Rapheepat Salae yang pada awalnya dilaporkan lemas dalam bilik air.

Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Jiran memberitahu anak tirinya itu terlalu nakal.

“Gara-gara berang, dia bertindak menumbuk kanak-kanak itu di perut dan kepala hingga mangsa pengsan.

“Dia kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke sebuah hospital dan memberitahu doktor bahawa mangsa lemas,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

“Doktor yang curiga dengan kematian kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis sebelum pihak berkuasa meminta bedah siasat dijalankan.

“Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami kecederaan pada pankreas dan pendarahan pada otak,” katanya.

Media Thailand melaporkan, sebelum suspek ditahan, ibu mangsa, Thidarat Somboon dan majikannya, Thanaphum Pholprasert dipanggil memberi keterangan kerana disyaki membantu suspek melarikan diri.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa terjatuh di bilik air dan menangis dengan kuat hinga menimbulkan kemarahan suspek yang baru pulang dari keluar bersama rakan-rakannya.

Suspek dikatakan menumbuk perut mangsa tiga kali hingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa ke hospital.

Susulan kejadian itu, suspek kesal dengan tindakannya. – MYNEWSHUB.CC

* Video di bawah sekadar hiasan:

Tags: anak tiripeninjutumbuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

11/03/2024
0

JOHOR BAHRU - Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka...

Lelaki Disyaki Rogol Anak Tiri Ditahan

Lelaki Disyaki Rogol Anak Tiri Ditahan

08/10/2023
0

Gerik : Petani ditahan polis, disyaki merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd