• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ikan Kembung Kurang 80% Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Bekalan ikan kembung di Pulau Pinang berkurangan lebih 80 peratus sejak tahun lepas berikutan projek tambakan laut yang dijalankan kerajaan negeri, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang Nazri Ahmad.

Beliau berkata kawasan projek tambakan laut itu telah mengganggu ekosistem kehidupan laut terutama bagi ikan kembung kerana ia merupakan tempat haiwan itu bertelur dan membiak.

“Kawasan projek itu dilaksanakan adalah kawasan popular untuk menangkap ikan kembung dan ia bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan kecil malah orang ramai kerana harganya melambung tinggi. Dulu ikan (kembung) boleh dibeli dengan harga tidak sampai RM10 sekilogram.

“Tetapi sejak tahun lepas, harga ikan kembung iaitu ikan yang menjadi pilihan utama kita telah mencecah hingga RM20 sekilogram dan paling murah pun RM15 sekilogram di pasaran.

“Bukan nelayan sengaja naikkan harga sebaliknya kalau dulu boleh dapat sehingga 100 kilogram sekali turun ke laut tetapi sekarang hendak dapat 20 kilogram pun susah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad. Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang Mohd Khir Mohd Sham.

Nazri berkata projek itu turut menyebabkan bot dan enjin serta peralatan menangkap ikan nelayan rosak dan terpaksa menanggung kos tinggi untuk dibaiki.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan negeri bersikap lebih telus dalam pemberian pukat percuma kepada nelayan di negeri ini kerana pada tahun lepas hanya 50 peratus daripada 3,191 nelayan yang berdaftar dengan LKIM Pulau Pinang mendapat bantuan daripada program itu.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung masalah itu lima bulan lepas, tetapi sampai hari ini belum mendapat sebarang maklum balas. Dulu mereka bagi kepada semua nelayan yang berdaftar dengan LKIM tetapi sejak tahun lepas hanya yang terpilih diberi dan kami tidak berpuas hati,” katanya.

Terdahulu, Mohd Khir berkata seramai 3,191 nelayan di Pulau Pinang menerima bantuan sara hidup sebanyak RM250 hingga RM300 setiap bulan daripada kerajaan persekutuan membabitkan peruntukan sebanyak RM12 juta setahun. – BERNAMA

Tags: Ikan KembongPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd