• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan memberi jaminan barangan keperluan adalah mencukupi di pulau bebas cukai ini sepanjang Ramadan dan sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Labuan Mohd Fikri Lai Abdullah berkata kerajaan telah menjangkakan permintaan untuk barangan keperluan seperti minyak masak dan tepung akan meningkat sepanjang tempoh Ramadan dan menjelang Hari Raya.

Sehubungan itu, beliau berkata bekalan kedua-dua barangan keperluan itu akan dipantau secara ketat untuk memenuhi permintaan.

“Pengguna tidak perlu risau tentang bekalan barangan keperluan dalam tempoh itu, jika mereka mendapati sukar untuk mendapatkan jenama tertentu, mereka masih boleh mendapatkannya daripada peruncit lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas mengenai aduan berhubung kekurangan minyak masak dan tepung di pasaran, Fikri berkata pegawai penguat kuasa KPDNKK sentiasa memantau bekalan barangan keperluan di pasaran.

Pegawai penguat kuasa akan turun padang membuat pemeriksaan mengejut di pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan tidak berlaku kekurangan barangan keperluan di pulau ini,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna agar tidak panik berikutan laporan kekurangan dua barangan itu.

Fikri berkata pegawai kementerian akan menyiasat hingga ke akar umbi dan membuat pemeriksaan dengan pemborong bagi memastikan mereka tidak menyorokkan barangan keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

“Kami telah berjumpa dengan pemborong utama, peruncit dan pembekal di sini bagi menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna agar bijak berbelanja dengan melengkapkan diri dengan maklumat dan mengamalkan hak-hak mereka.

Fikri juga mengingatkan peniaga dan ahli perniagaan agar beretika dan tidak mengambil kesempatan terutama semasa musim perayaan.

“Jadi adalah wajib bagi mereka untuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang disahkan, dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga mengingatkan peniaga yang mahu menganjurkan jualan murah mesti memaklumkan kepada KPDNKK terlebih dahulu sebelum jualan.

“Biasanya, proses kelulusan adalah segera. Kami perlu tahu tentang jualan murah itu bagi memastikan ia adalah benar iaitu barangan adalah asli dan bekalan mencukupi.

Peniaga bazar Ramadan, Ramlah Ali, 50, berkata ramai penjaja menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak, gula dan tepung semasa Ramadan.

“Setiap kali Ramadan dan Aidilfitri kami menghadapi masalah ini kerana permintaan barangan ini adalah tinggi,” katanya.

Untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan ini, beliau akan menyimpan tepung dan gula jika berlaku kekurangan bekalan.

“Kami berharap bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK Labuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd