• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Sama Penuhi Keperluan Kumpulan Terpinggir

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Semua pihak kepentingan pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu membantu kerajaan menyediakan keperluan kepada kumpulan yang terpinggir, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pihak-pihak berkaitan tidak boleh mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk menyediakan semua keperluan kepada kumpulan yang terpinggir, oleh itu, peranan itu juga perlu dimainkan oleh entiti berkaitan bagi memastikan setiap orang mendapat peluang dan hak dalam pendidikan.

Musa juga berkata usaha baharu untuk memenuhi keperluan golongan yang terpinggir adalah perlu kerana masih terdapat banyak halangan, jurang pencapaian dan isu-isu berkaitan keciciran yang perlu diatasi dan dipantau.

“Cabaran dalam perkembangan celik huruf yang kita (kerajaan) hadapi dan masih perlu ditangani hari ini termasuk menangani beberapa isu antaranya kanak-kanak yang tidak pernah mendaftar atau tercicir sebelum menamatkan pendidikan asas.

“Kita perlu mengenal pasti siapa kanak-kanak ini, sama ada mereka miskin, berasal daripada kaum pribumi atau imigran. Satu lagi cabaran ialah penubuhan prosedur iuntuk mengesan di peringkat awal kanak-kanak yangmemerlukan pendidikan khas dan penyediaan intervensi awal,” kata beliau.

Musa berkata demikian pada Seminar on Gender and Literacy Development: Reaching the Dropouts di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Institut Kajian Pembangunan dengan kerjasama dan perkongsian Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) dan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Musa berkata penyediaan akses yang saksama bagi pendidikan berkualiti masih mendapat perhatian di Sabah ketika kerajaan berusaha untuk merapatkan jurang pencapaian antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

Beliau berkata jurang gender juga diberi perhatian apabila kanak-kanak perempuan secara konsisten mengatasi kanak-kanak lelaki dalam semua peringkat pendidikan dan jika trend ini tidak diawasi, ia menghadapi risiko mempunyi golongan muda Malaysia khususnya r rakyat Sabah yang terpinggir dalam pendidikan.

Musa berkata kerajaan mempunyai pelbagai inisiatif termasuk pelaburan dalam pra sekolah, bilingualisme dan saringan literasi bahasa Inggeris, mengukuhkan pengurusan berasaskan sekolah dan meneruskan usaha menyokong sekolah yang mencatatkan pencapaian tertinggi dan membantu sekolah berprestasi rendah.

Mengenai seminar, Musa berharap ia akan menetapkan hala tuju bagi pembangunan gender dan literasi bagi Sabah pada masa depan dengan tumpuan terus dberikan kepada kumpulan terpinggir dan pelajar miskin dengan menawarkan program pendidikan alternatif di samping mengukuhkan bantuan kewangan kepada program-program kos efektif dan disasarkan kepada mereka yang sangat memerlukan. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tumpahan Minyak Di Stesen Janaelektrik Gerik Dibersih

Next Post

Syed Mohammad Syafiq Mahu Hoki, Pelajaran Seiring

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

Next Post

Syed Mohammad Syafiq Mahu Hoki, Pelajaran Seiring

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd