• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: Bakti Bungkus 57,000 Kotak Makanan

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) hari ini menggembleng tenaga membungkus 57,000 kotak makanan sempena sambutan Aidilfitri bernilai kira-kira RM541,500 untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara.

Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor berkata sumbangan pada tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya di mana pada kali ini Bakti membekalkan set nasi beriani untuk diserahkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bakti menjalankan tanggungjawab menghulurkan sumbangan kepada anggota keselamatan negara yang bertugas di bulan Ramadan dan pada Hari Raya Aidilfitri.

“Set makanan kali ini mengandungi nasi beriani berserta bawang goreng, ayam masak merah, dalca sayur dan acar buah. Ini adalah sebagai tanda ingatan kami kepada mereka yang akan bertugas pada Hari Raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembungkusan sumbangan Aidilfitri Bakti kepada pasukan keselamatan negara di sini hari ini.

Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah 20,000 kotak makanan diagihkan kepada ATM, manakala 30,000 diserahkan kepada PDRM dan 7,000 lagi kepada APMM.

Pada acara itu, lebih 100 anggota sukarelawan turut serta membantu melakukan kerja-kerja pembungkusan termasuk golongan belia antaranya daripada Persatuan Veteran Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan pelajar unstitusi pengajian tinggi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri seperti kurma, air zamzam, sejadah, kain ela dan kemeja-T kepada sukarelawan yang terlibat. – BERNAMA

Tags: BAKTI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Generasi Muda Perlu Contohi BAKTI – TPM

03/09/2015
0

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd