Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Isteri Orang Larikan Diri...

SEORANG ahli perniagaan dari Ipoh, Perak merayu agar cucu perempuan segera kembali ke...

PAS Dedah Pakatan Mahu...

KUALA LUMPUR - PAS menolak sebarang rundingan 'mee segera' dengan Pakatan Harapan berhubung...

Bank Tingkat Keselamatan Bagi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank Malaysia (PBM) memberi jaminan kepada orang ramai yang...

978 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 978 orang setakat...

Australia Tempah Slot Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah

IPOH – Juara bertahan Australia menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26 selepas mengalahkan Great Britain 2-1 dalam perlawanan hari ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Australia kini kukuh di tangga teratas carta kejohanan dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri, meninggalkan Great Britian di tangga kedua dengan tujuh mata.

Dalam pertembungan hari ini, Great Britain yang bermain sedikit terbuka memberi peluang kepada pasukan ‘Kookaburras’ mendapatkan gol pertama mereka pada minit ke-44 menerusi Trent Mitton.

Great Britain yang semenangnya mendambakan keputusan menang atau sekurang-kurangnya seri bagi mencerahkan peluang ke final menarik nafas lega apabila menyamakan kedudukan menerusi gol padang cantik daripada Mark Gleghorne pada minit ke-51.

Namun kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila selang seminit kemudian Matt Dawson menjaringkan gol kedua Australia yang merupakan pasukan kedua terbaik dunia.

Terdahulu, India mengalahkan Jepun 4-3 dalam satu perlawanan yang sengit di Stadium Sultan Azlan Shah di sini petang tadi.

Walaupun tewas, persembahan anak buah Takahiko Yamabori yang penuh semangat dan disiplin harus dipuji kerana hampir mengejutkan pasukan keenam dunia itu.


Dalam perlawanan itu, India terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit keenam menerusi Rupinder Pal Singh.

Namun ia sedikit pun tidak melenyapkan impian Jepun untuk memburu kemenangan pertama mereka apabila Kazuma Murata berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-10.

India yang nyata terdesak mahu memenangi perlawanan terus mengasak kubu Jepun bertali arus namun, Heita Yoshihara mengejutkan semua penonton apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-43 menerusi gerakan solo dari garisan tengah padang.

Bagaimanapun hatrik oleh Mandeep Singh di minit ke-45, 51 dan 58 tidak mampu dihalang oleh penjaga gol, Suguru Shimmoto sekali gus memastikan India mengikat Jepun 4-3 sehingga tamat wisel perlawanan. – BERNAMA

Kategori