• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Tubuh Lembaga Siasatan Kenal Pasti Bot KD Perdana

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca bot KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terputus hubungan dengan kapal induknya di perairan Sedili Sabtu lepas.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata beliau telah mengarahkan TLDM menyiasat perkara itu secara menyeluruh selain mengkaji semula tatacara pengoperasian rondaan di kawasan perairan negara selepas bot bersama seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat petang semalam.

“Setakat ini kemungkinan bot tersebut terputus hubungan kerana kehabisan minyak dan menyebabkannya terhanyut namun siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Insiden ini merupakan antara risiko yang perlu dihadapi oleh pasukan tentera…kami akan berusaha melakukan penambahbaikan serta mengambil langkah ke arah pemantapan operasi,” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pengoperasian Taman Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan operasi rondaan di perairan terbabit yang merupakan antara laluan sibuk selain sering dicerobohi nelayan asing bagi menjamin keselamatan perairan negara.

“Saya berharap dengan hasil penelitian nanti pasukan tentera dapat memantapkan operasi dan mengatasi setiap kekurangan sekiranya ada,” katanya.

KD Perdana dilaporkan terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.

Bot berkenaan yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara berjaya dikesan di 90 batu nautika timur Kuantan oleh pesawat Beechcraft milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) lewat petang semalam.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi merasmikan taman perkuburan khusus untuk waris anggota tentera serta ahli kariah masjid di sekitar Sungai Besi.

Tanah perkuburan itu berteraskan konsep usahasama antara ATM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mej Jen Datuk Kamarudin Mamat. – BERNAMA

Tags: KD Perdana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Patuhi SOP Punca Bot KD Terputus Hubungan

14/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan Pegawai Memerintah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah punca kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD...

Alat Komunikasi Rosak, Minyak Habis Punca Terputus

23/05/2017
0

KUANTAN - Kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak merupakan antara punca awal yang dikenal pasti menyebabkan bot kapal KD...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd