• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 9 Warga Indonesia Tiada Dokumen Sah

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lapan awak-awak dan seorang tekong bot dagang warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) petang semalam dekat perairan Pelabuhan Utara, Klang kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan sepasukan peronda APMM yang melakukan Operasi Satria Selatan pada kedudukan kira-kira 0.7 batu nautika dari perairan itu.

“Hasil pemeriksaan kami dapati tujuh awak-awak dan seorang tekong warga Indonesia yang bekerja di bahagian atas bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen perjalanan apabila diminta.

“Seorang lagi awak-awak warga Indonesia yang juga tidak mempunyai dokumen perjalanan ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik bot itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohd Rosli berkata tekong bot berkenaan juga gagal mengemukakan surat isytihar senarai barangan yang dibawa iaitu 400 guni pakaian terpakai.

Kesemua sembilan individu berusia antara 21 dan 50 tahun itu serta bot berkenaan dibawa ke depoh tahanan APMM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/ 63 dan Seksyen 26C Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – BERNAMA

Tags: APMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd