• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tetap Pilihan PKR Sebagai PM Ke-7

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang: jawapan kami jelas, Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan menang adalah Anwar Ibrahim.”

Itu yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu siapakah calon Perdana Menteri pilihan blok rapuh pembangkang tersebut sekiranya PH menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menyedari hakikat bahawa Anwar masih di balik ‘tabir besi’ atas kesalahan liwat kali kedua, Rafizi berkata, kaedah pengampunan diraja tetap ada walaupun nampak agak susah.

“Kaedah pengampunan diraja ada walaupun nampak sukar tetapi rakyat tahu kaedah pengampunan diraja boleh digunakan dan membolehkan Anwar dibebaskan segera dan bertanding segera dalam pilihan raya kecil.

“Kaedah ini ada digunakan dalam kes ihsan untuk membebaskan pesalah, apatah lagi dalam kes Anwar, ia satu kes fitnah jelas oleh musuh politik beliau yang mahu menghentikan kemaraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak Perlu Berebut Jawatan Perdana Menteri

Ia sebagai mengulas tindakan kepimpinan parti itu ketika Konvesyen Tahunan PKR di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu berkempen secara terbuka dengan menayangkan plakad ‘Anwar PM Ke-7’.

Tindakan dramatik itu nyata berjaya memalukan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut bercita-cita mahu presiden parti ciptaannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, DAP dan PAN pernah bersetuju agar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang menjadi wakil perdana menteri ‘interim’ sementara usaha pembebasan Anwar dilakukan.

“Saya yakin dalam masa sebulan daripada tarikh kemenangan PRU ke-14, Anwar akan dibebaskan dengan cara ini dan sebulan kemudian bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Ini membolehkan beliau dapat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketujuh. Memang ia bukan perkara mudah,” dalih Rafizi lagi. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_KBRMKU9D5Q

Tags: Perdana MenteriPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd