• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja perempuan dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa lalu selepas keluar mengambil sepupu dan adiknya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.

Kehilangan remaja berusia 19 tahun itu menjadi tular di media sosial selepas ibu saudaranya berkongsi gambar anak sulung daripada lima beradik itu di Facebook.

Harian Metro melaporkan, Aina Sakinah Mohd Noor Azmi tidak pulang ke rumah malah kelibatnya juga tidak kelihatan di sekitar sekolah berkenaan sehingga lewat petang hari kejadian.

Ibunya, Misriah Mohamad Sani, 44, berkata, sebelum kejadian dia tiada di rumah dan meminta Aina menjemput adiknya, Maryam Adawiyah, 7 dan seorang lagi sepupu lelaki berusia tujuh tahun di sekolah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Sebelum keluar rumah, dia minta izin neneknya terlebih dulu untuk ke kedai dan dia berjalan mengambil adik perempuannya di sekolah itu pada 12.30 tengah hari.

“Namun, adiknya pulang sendirian ditemani sepupu lelaki dan menyatakan kakaknya tidak mengambilnya di sekolah,” katanya.

Misriah yang juga seorang guru berkata, anaknya itu tidak membawa telefon bimbit walaupun tidak pernah meninggalkannya jika keluar rumah sebelum ini.

Menurutnya, dia memang terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga mengenai Aina tidak pulang selepas keluar rumah tengah hari Selasa lalu.

Jelasnya, Aina seorang anak yang baik dan tidak gemar bersosial serta akan meminta izin sebelum keluar dari rumah.

Katanya, dia dan suami, Noor Azmi Ismungin, 45, sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam berhubung kehilangan Aina.

Misriah berkata, sebelum hilang,  Aina memakai baju muslimah berwarna oren dan bertudung merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. –MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: budak hilangHILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd