• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Kira Juga Kebajikan Bomba Ketika Bersara

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakej perkhidmatan dan program kebajikan yang dirangka untuk anggota bomba perlu mengambil kira keadaan mereka pada usia persaraan dan bukan hanya semasa sedang berkhidmat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah usaha merangka pakej yang turut menitikberatkan keadaan ketika persaraan adalah setimpal dengan tahap pengorbanan, beban tanggungjawab dan risiko yang dihadapi anggota bomba.

Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia hari ini, Sultan Nazrin bertitah agar prosedur operasi dan kelengkapan yang perlu dibekalkan kepada anggota bomba dinilai semula bagi meminimumkan risiko ketika menjalankan tugas.

“Program latihan dan tatacara operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlu direkayasa dalam usaha meningkatkan tahap profesional anggota selain mengenal pasti peralatan terkini yang diperlukan dalam menghadapi cabaran senario semasa.

“Kesedaran negara dan masyarakat akan pengorbanan anggota bomba juga perlu ditingkatkan supaya memberikan apresiasi lebih tinggi kepada anggota semasa dalam perkhidmatan dan setelah bersara,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di sini.

Sambutan bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamat Negara’ secara keseluruhan melibatkan 27 kontinjen, 90 unit kenderaan dengan penglibatan 2,100 peserta.

Sultan Perak bertitah usaha menghargai dan menghormati perkhidmatan anggota bomba tidak memadai sekadar menganugerahkan medal, sijil dan cenderamata atau ucapan serta surat pujian.

“Sambutan sesuatu hari peringatan wajib diisi dengan roh dan makna yang berupaya mengetuk hati dan menyentuh sanubari, memberikan peringatan dan membangkitkan kesedaran masyarakat agar maksud dan tujuan benar-benar difahami serta dihayati oleh negara dan masyarakat.

“Kalau sekadar berbentuk upacara, berbentuk ritual, terlalu luaran sifatnya, malah boleh tercicir daripada matlamat asal sambutan dan ia hanya membazirkan sumber kerana gagal membuahkan hasil yang dihasratkan,” titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah sambutan akan lebih bermakna jika dilengkapi dengan program-program yang memberikan impak dan berupaya membawa perubahan-perubahan substantif kepada perkhidmatan bagi manfaat jangka panjang kepada para anggota.

Sultan Nazrin bertitah ketika melaksanakan tugas, anggota bomba telah menunjukkan sifat pengorbanan, sifat keinsanan dan sifat kemanusiaan yang tinggi dan melaksanakan tanggungjawab tanpa mengenal waktu serta lelah.

“Berpanas, berkeringat, berembun, berhujan, meredah air, mengharung lumpur, mendaki bukit, memanjat bangunan, menghadapi bahaya, menanggung risiko, sedaya mungkin menghulurkan pertolongan kepada mangsa bencana.

Sesungguhnya semangat berkhidmat, semangat pengorbanan para anggota bomba merupakan satu amal makruf melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah dan semoga dilimpahkan ganjaran rahmat,” titah baginda yang turut mengajak hadirin bertafakur selama seminit. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd