• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Iktibar PAS Putus Kerjasama Dengan PKR

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan parti itu sedar bahawa ia mempunyai matlamat berbeza dengan parti pembangkang lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata langkah PAS itu seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah supaya meneliti semula keputusan mereka untuk bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO.

“Kita sedih sebab bekas pemimpin-pemimpin UMNO bila dia marah pada (pemimpin ) UMNO dia pergi pada seberang (pembangkang)…. (tindakan) ini akhirnya akan merosakkan Melayu dan Islam,” katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing di sini, hari ini.

Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta.

Setiausaha majlis itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Sementara itu, Ahmad Razif yang juga Menteri Besar turut memuji tindakan pemimpin PAS yang kini dilihat semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan UMNO terutama dalam agenda membangunkan Islam dan Melayu.

“Dah mula nampak bibit-bibit itu (kerjasama PAS dan UMNO) di Terengganu apabila baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Exco negeri, A Latiff Awang dan Datuk Pehemi Yusoff hadir (pada majlis) meletakkan tukun di perairan Marang.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga berulang kali mempelawa pihak yang bersama dengan Islam termasuk PAS untuk bersama-sama dengan UMNO melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam di bumi Allah ini… kita nampak ia semakin membuahkan hasil,” katanya.- BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd