• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Brader Ni Tahu Akak Tu Tengku Puan Pahang

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH rakaman video seorang peniaga dunia selamba memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan panggilan kakak kerana dipercayai tidak mengenali keluarga diraja itu kini menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, ketika itu Tengku Puan Pahang berada di Pulau Pinang dan pergi ke gerai tepi jalan itu untuk menikmati durian.

Menerusi video itu, peniaga tersebut mempromosikan durian yang dijual sambil bertanyakan asal negeri isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu.

Bagaimana reaksi Tengku Puan Pahang yang turut bersahaja bersembang dengan peniaga itu mencuri perhatian netizen.

“Cakap dialek Kelantan, ingat orang Pahang,” kata peniaga itu.

“Eh, orang Pahang lah,” balas Tengku Puan Pahang.

“Mike (awak) cakap Kelantan tadi,” balas peniaga itu.

“Kecek Klate sikit-sikit bolehlah,” ujar Tengku Puan Pahang.

Tengku Puan Pahang kemudian meminta peniaga tersebut mencari durian paling sedap di gerainya.

Sementara itu, sebuah lagi video dimana Tengku Puan Pahang kembali ke gerai durian tersebut mungkin pada hari berikutnya turut menjadi tular.

Namun, menerusi video sambungan itu, peniaga tersebut kelihatan tersipu-sipu malu sambil merafak sembah dan memaklumkan sebelum ini dia tidak mengenali Tengku Puan Pahang itu.

Tengku Puan Pahang pula kelihatan tidak kisah dengan perkara itu dan menyatakan peniaga bernama Raffi itu boleh memanggilnya dengan panggilan ‘kakak’.

Malah, Tengku Azizah mengajak orang ramai yang berkunjung ke negeri berkenaan agar jangan lupa singgah ke gerai peniaga itu jika ingin memakan durian yang sedap.

Sungguh menarik insiden itu yang pastinya akan terpahat dalam ingatan Raffi selama-lamanya.- MYNEWSHUB.CC

Tags: DURIANTengku Puan Pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd